Monday, May 12, 2008

Taklimat LDP Kepada Guru SMKBP

Satu taklimat tentang perjalanan program LDP peringkat sekolah telah diberikan oleh Penyelaras LDP kepada guru -guru SMKBP.Di dalam taklimat tersebut juga guru -guru telah diberikan Kad Rekod Kehadiran LDP dan telah diterangkan bagaimana penggunaannya. Taklimat diberikan sebagaimana berikut:
Tarikh; 12 Mei 2008 (Isnin)
Masa: 2.00 ptg
Tempat; Dewan Seri Bentara.

Tuesday, May 6, 2008

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru -Guru SMK Beris Panchor

Kursus Peningkatan Profesionalisme Yang Pertama bagi tahun 2008 telah diadakan di Dewan Seri Bestari SMK Beris Panchor pada 26 April 2008 bersamaan hari Sabtu. Penceramah yang dijemput ialah En Rasap dari PPD Tanah Merah Jeli dan Pn Hjh Halimah Malkan (mantan Pengetua Cemerlang). Seramai 126 orang guru telah menghadiri kursus tersebut.