Wednesday, March 4, 2009
PERKEMBANGAN STAF 2009
Unit LDP SMK Beris Panchor membuka tirai 2009 dengan menganjurkan perkembangan profesionalisme bertemakan Amalan Kajian Tindakan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kursus telah diadakan pada 28 Februari 2009 (Sabtu) di Dewan Seri Bentara SMK Beris Panchor dengan dihadiri oleh semua guru SMK Beris Panchor seramai 125 orang. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan kertas kerja berkaitan Kajian Tindakan yang disampaikan oleh Pn Mazinah bt Muda dari SMS Tengku Mouhammad Faris Petra Kota Bharu, Guru Cemerlang Biologi dan juga JU bagi Kajian Tindakan. Sesi kedua diikuti dengan perbengkelan mengikut kumpulan panitia untuk menghasilkan Kajian Tindakan bagi PMR dan SPM. Pada sesi ketiga diikuti dengan persembahan kumpulan.Pada akhir sesi sebanyak 41 buah kajian tindakan dapat dihasilkan dan dibukukan untuk rujukan. Setiap hasil dihantar satu salinan ke PPD Bachok. Impak yang didapati dari kursus ini guru begitu berminat untuk menghasilkan kajian tindakan.
Monday, May 12, 2008
Taklimat LDP Kepada Guru SMKBP
Satu taklimat tentang perjalanan program LDP peringkat sekolah telah diberikan oleh Penyelaras LDP kepada guru -guru SMKBP.Di dalam taklimat tersebut juga guru -guru telah diberikan Kad Rekod Kehadiran LDP dan telah diterangkan bagaimana penggunaannya. Taklimat diberikan sebagaimana berikut:
Tarikh; 12 Mei 2008 (Isnin)
Masa: 2.00 ptg
Tempat; Dewan Seri Bentara.
Tarikh; 12 Mei 2008 (Isnin)
Masa: 2.00 ptg
Tempat; Dewan Seri Bentara.
Sunday, May 11, 2008
Friday, May 9, 2008
Tuesday, May 6, 2008
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru -Guru SMK Beris Panchor
Kursus Peningkatan Profesionalisme Yang Pertama bagi tahun 2008 telah diadakan di Dewan Seri Bestari SMK Beris Panchor pada 26 April 2008 bersamaan hari Sabtu. Penceramah yang dijemput ialah En Rasap dari PPD Tanah Merah Jeli dan Pn Hjh Halimah Malkan (mantan Pengetua Cemerlang). Seramai 126 orang guru telah menghadiri kursus tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)